13.4.09

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon jadi menteri!!!

GEORGETOWN -Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) mengakui terkejut dengan pelantikan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas portfolio hal ehwal perpaduan dan pengurusan prestasi.

Menurutnya, beliau terkejut kerana barisan Kabinet baru yang dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut dibarisi pemimpin yang telah ditolak oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu.

“Tetapi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tsu Koon atas perlantikannya itu dan berharap beliau akan mementingkan kebajikan rakyat negeri ini.

“Beliau (Tsu Koon) patut mengambil peluang sekarang untuk menunaikan segala janji yang ditaburkan oleh partinya sebelum ini,” katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada media, di sini semalam.

Petang semalam, Perdana Menteri mengumumkan barisan Kabinet baru yang dianggotai 28 menteri dan 40 timbalan menteri.

Guan Eng berkata, Gerakan pernah berjanji akan mendapatkan balik projek yang pernah dibatalkan seperti monorel, pengangkutan awam, tebatan banjir serta projek pembangunan pelancongan yang penting untuk rakyat negeri ini.

“Saya berharap beliau akan menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat negeri ini,” katanya.

http://zulmamakpng.blogspot.com/

12.04.2009