26.8.08

PENGUMUMAN ANWAR KE PARLIMEN

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen esok, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar Amin mengumumkan perkara itu sebelum memulakan sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

24.8.08

Naib pengerusi DAP yang baru-malaysiakini

DAP melantik tokoh aktivis Melayu berprofil tinggi dalam bidang kempen ketelusan dan integriti Tunku Abdul Aziz Ibrahim sebagai naib pengerusi parti itu yang baru dalam usahanya memikat sokongan kaum itu.

Tunku Abdul Aziz merupakan bekas naib presiden organisasi antarabangsa terkenal Transparency International (TI).DAP hari ini memperkenalkan barisan baru pimpinan tertinggi parti itu melibatkan 10 lantikan baru bagi mengisi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) di samping 20 ahli yang dipilih semalam.

Keputusan itu dicapai hasil mesyuarat pertama CEC semalam, kata setiausaha agung parti itu Lim Guan EngSelain Tunku Abdul Aziz, Teresa Kok yang sebelum ini menjadi setiausaha publisiti turut dilantik berganding dengan M Kula Segaran dan Chow Kon Yeow.Guan Eng dalam sidang media selepas itu ditanya sama ada barisan CEC baru itu merupakan pasukan impiannya.

"Ini adalah kehendak perwakilan. Hanya ada satu pasukan dalam DAP iaitu roket (semua ahli DAP)," katanya.Menjawab soalan wartawan, beliau menafikan lantikan Tunku Abdul Aziz bukan bertujuan menyediakan calon menteri jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru selepas 16 September.

Tunku Abdul Aziz yang semalam pertama kali mengisi borang parti politik berkata beliau memilih DAP sebagai parti tidak berasaskan kaum itu paling konsisten dan bekerja keras memperjuangkan ketelusan, keadilan dan menolak penyalahgunaan kuasa berbanding parti lain."Tiada wang dalam DAP. Ada yang kata saya dibeli, ada kontrak menunggu. Parti ini disertai kerana prinsip-prinsip asas kita," katanya.

Ditanya kenapa bukan PKR, kerana ideologi kedua-dua parti itu hampir sama, Tunku berkata:“Saya lebih selesa dengan DAP.”Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berharap dengan penyertaan Tunku Abdul Aziz, lebah ramai golongan bukan Melayu menyertai parti itu.

Veteren DAP, Lim Kit Siang dan penasihat parti, Dr Chen Ma Hin juga menerima baik lantikan Tunku dan barisan baru CEC DAP.Dr Ma Hin diminta mengulas Kit Siang yang tidak tersenarai dalam mana-mana jawatan parti.Beliau berkata, pemimpin veteren itu tetap mempunyai peranan besar dalam parti walaupun tidak dilantik memegang sebarang jawatan rasmi.

“Beliau boleh jadi setiausaha agung, pengerui, apa saja. Dia adalah pemimpin yang penting. Dia tidak perlu jadi pemimpin rasmi,” katanya.

23.8.08

AMAL MAARUF NAHIL MUNGKAR

Rakyat jadi 'kingmaker'-MALAYSIAKINI

DARI DEPAN

Menurut Lim lagi, penglibatan kaum India, golongan wanita dan golongan muda, telah meningkat dalam parti itu. Beliau berkata, prestasi mereka di negeri itu akan menjadi kayu pengukur untuk mencapai hasrat tersebut.Lim juga berkata bahawa DAP tidak berminat menjadi 'kingmaker' dalam Pakatan.

“Hanya rakyat 'kingmaker'. Kita hanya mahu menjadi pemangkin untuk perubahan dan berkhidmat untuk rakyat berdasarkan prinsip CAT,” katanya Lim. Sementara itu, ketika ditanya tentang calon timbalan perdana menteri jika Pakatan memerintah, Lim memberitahu sidang media kemudiannya: "Biar dia (Anwar) jadi perdana menteri dulu."Beliau berkata, perkara itu mesti dilakukan satu bersatu."Sebelum jalan mesti merangkak," katanya.

Ketika diminta mengulas jika PAS hendak menjadi 'kingmaker' dalam Pakatan, Lim berkata, kesefahaman bersama dalam gabungan itu tidak akan berubah.

dap 14th congress 230808 guan eng vote“Bagi kami, hanya rakyat 'kingmaker', bukan parti politik,” katanya. Beliau turut ditanya sama ada beliau mempunyai 'chai tan' (senarai calon pilihan). Kongres kali ini akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu.

Minta PAS realistik

“Biar perwakilan yang tentukannya,” kata Lim. Lim turut diminta mengulas penurunan harga petrol sebanyak 15 sen yang dikuatkuasakan hari ini.Beliau percaya langkah menurun harga petrol lebih awal dari tarikh sepatutnya (1 September) ada kaitan dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh Selesa depan.

dap 14th congress 230808 karpalSementara itu, Pengerusi Agung DAP, Karpal Singh berkata, parti itu tidak akan berkompromi dalam prinsip menerima idea negara sekular seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Beliau berharap PAS – sebuah lagi rakan dalam Pakatan – supaya bersikap realistik.

Bagaimanapun, kata Karpal, DAP boleh bekerjasama dan mesti bekerjasama dalam isu-isu yang boleh disepakati.
Biar Anwar jadi orang tengah satukan PAS dan DAP,” katanya ketika berucap di kongres tersebut.

SEMANGAT 99-UNTUK PETUGAS DAN PENDUDUK PERMATANG PAUH

22.8.08

Debat: Kesimpulan Guan Eng Berjaya-malaysiakini

"Sempat mengikuti siri-siri terakhir debat malam tadi antara Lim Guan Eng dan Koh Tsu Koon yang berjalan dengan lancar. Begitu bersemangat Guan Eng dalam menegakkan keadilan untuk rakyat.

Yang paling teruja bila sesi kesimpulan debat yang diminta oleh pengerusi supaya digulung oleh mereka dalam masa 4 minit dimulai dengan Lim Guan Eng.
Apa yang ditekankan oleh Guang Eng adalah menyeru rakyat menyokong kerajaan baru yang mementingkan kebajikan rakyat semata-mata bukan untuk orang atas dan individu tetapi tumpuan mestilah kepada keadilan kepada semua rakyat tanpa memilih bulu.


 Dia memberikan prinsip-prinsip yang perlu diikut antaranya keadilan dan “Amar Ma’ruf Nahi Mungkar” yang membuatkan pengerusi pun kelihatan terkejut dengan kenyataan berani Guan Eng.

Apa yang saya ingin sebut bahawa jika sebelum ini kita sudah mendengar kata-kata Guan Eng yang ingin melaksanakan pemerintahan menurut cara Khalifah Umar Abdul Aziz dan sekarang dibuktikan dengan kata-katanya semalam bahawa dia akan melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam pemerintahannya.

Dengan erti kata dia akan menyuruh rakyat melakukan benda-benda baik dan menegah daripada membuat perkara yang tidak betul dan salah. Prinsip ini sebenarnya memerlukan penghayatan dan syarat-syarat yang perlu diterapkan ketika mengamalkannya dan tidak boleh seseorang hanya sewenang-wenang berkata tetapi tidak membuat apa yang diperkatakan.

Abul-Laits berkata: “Seorang yang akan menjalankan amar maruf dan nahi mungkar harus melengkapi lima syarat iaitu:

  1. Berilmu, sebab orang yang bodoh tidak mengerti maruf dan mungkar

  2. Ikhlas kerana Allah s.w.t. dan kerana agama Allah s.w.t.

  3. Kasih sayang kepada yang dinasihati, dengan lunak dan ramah tamah dan jangan menggunakan kekerasan sebab Allah s.w.t. telah berpesan keppada Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. supaya berlaku lunak kepada Fir’aun

  4. Sabar dan tenang, sebab Allah s.w.t. berfirman yang berbunyi: “Wa’mur bil ma’rufi wanha anilmunkar wash bir ala maa ashabaka.” Yang bermaksud: “Anjurkan kebaikan dan cegahlah yang mungkar dan sabarlah terhadap segala penderitaanmu.”

  5. Harus mengerjakan apa-apa yang dianjurkan supaya tidak dicemuh orang atas perbuatannya sendiri sehingga tidak termasuk pada ayat yang berbunyi: “Ata’murunannasa bil-birri watansauna anfusakum.” Yang bermaksud: “Apakah kamu menganjurkan kebaikan kepada orang lain tetapi melupakan dirimu sendiri.”

Anas r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Ketika malam isra’ saya melihat orang-orang yang digunting bibirnya dengan gunting dan ketika aku bertanya pada Jibril: Siapakah mereka itu, ya Jibril? Jawabnya: Mereka pemimpin-pemimpin dari ummatmu yang menganjurkan orang lain berbuat baik tetapi lupa pada diri sendiri, padahal mereka membaca kitab Allah s.w.t. tetapi mereka tidak memperhatikan dan mengamalkannya.

Kita tahu bahawa Guan Eng seorang non-muslim dan kita berdoa semoga dia akan menerima hidayah daripada Allah S.W.T. Orang bukan Islam lebih sukakan sistem Islam berbanding dengan orang Islam sendiri. Macamana ye?

www.harisfadila.com

21.8.08

Chong Wei ‘manipulated’ by BN, says Guan Eng

Olympic silver medallist Lee Chong Wei has clearly been "manipulated" by the Barisan Nasional when he agreed to receive his RM300,000 cheque in Permatang Pauh.Penang Chief Minister Lim Guan Eng said there was no need to send Lee back to Permatang Pauh using an airplane provided by the Defence Ministry and landing at an airforce base for the purpose of the Permatang Pauh by-election campaign.

"In fact, I understand that he's back here today. Why can't the cheque presentation take place in Kuala Lumpur?It's quite clear that he's been manipulated and Barisan is using the ceremony to their advantage for the campaign.Similarly, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has also been using the ministry's facilities in his campaign by flying to Penang.

"The use of the Defence Ministry's facilities for the by-election is improper, a form of abuse and a waste of public funds," he told reporters Thursday at the Parliament lobby here.

Lim said on the contrary, neither he nor any other DAP members use their official state cars when they go campaigning."We drive our own private cars. This should be the way. Clearly, Barisan has not learnt its lesson from the March 8 general election," he said.The badminton player received the cheque from Najib in a ceremony in Butterworth on Wednesday night.He also received RM3,000 being the pension reward the Government had promised for the feat. The payments which begin next month are for life.

Lim said Najib should differentiate between private political interest and his government posts.

Asked about the conferment by Yang di-Pertua Negri Tun Abdul Rahman Abbas of the Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) award on Lee on Aug 30, which carries the title "Datuk", Lim said the ceremony would take place after the polling date in Permatang Pauh."This is because we don't want to be seen as taking advantage of him," he said.

thestar

16.8.08

Land scam debate: Lim's camp fires new salvo at Koh-malaysiakini

Former Chief Minister Koh comes under fire for making excuses and preparing a pre-debate defence to save face if wrongdoings in his administration were exposed.MORE

15.8.08

Dr Koh Tsu Koon- Saya dinafi rujuk fail-MALAYSIAKINI

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sengaja tidak membenarkannya merujuk kepada dokumen-dokumen penting yang dimintanya sebagai membuat persedian menghadapi debat antara mereka Rabu depan.

Pada 12 Ogos lalu, bekas ketua menteri Pulau Pinang itu dan Lim bersetuju mengadakan debat terbuka itu berhubung isu tanah di negeri itu, yang dijangka disiarkan secara langsung. Ia dianjurkan oleh AgendaDaily.com.Dr Koh juga meminta semua fail dan dokumen mengenai kes itu yang disimpan di pejabat Ketua Menteri dan jabatan kerajaan negeri diubah status dan diberikan kepadanya untuk beliau bersedia menghadapi debat itu.
Bagaimanapun, dalam satu kenyataan hari ini, Dr Koh berkata, dokumen sulit yang diluluskan Lim untuk rujukannya "terlalu minima dan tidak bermakna.Beliau sengaja tidak membenarkan saya merujuk kepada banyak dokumen penting yang saya minta.Ini jelas melanggar prinsip keadilan dan kebebasan maklumat seperti yang diperjuangkan oleh Lim dan kerajaannya yang didakwa (mengamalkan) CAT (cekap, bertanggungjawab dan telus)," kata Dr Koh lagi.
Oleh itu, tegasnya, beliau telah memutuskan untuk tidak menerima langsung tawaran Lim untuk merujuk kepada dokumen-dokumen tersebut.Maklumat minima

"Ini kerana maklumat minima seperti itu tidak membantu menambah apa yang saya sudah tahu, mengenai keputusan-keputusan (mesyuarat) exco kerajaan sebelumnya," katanya.Oleh itu, katanya, beliau bakal menghadapi debat yang disiar secara langsung itu tanpa dapat merujuk kepada dokumen-dokumen yang dimintanya itu.

koh tsu koon 100907Dr Koh berkata, dalam jawapan terhadap permohonannya (melalui bekas setiausaha politiknya), setiausaha politik Lim berkata beliau hanya membenarkan saya merujuk kepada minit-minit (mesyuarat) exco negeri, yang relevan dan beberapa surat mengenai apa yang disebut kes-kes “twin land".

"Beliau enggan membenarkan saya merujuk kepada minit-minit (mesyuarat) Jawatankuasa Tanah dan kertas siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), laporan dan dokumen kepada exco dan Jawatankuasa Tanah, serta nota-nota mengenai perbincangan dan keputusan penting berhubung tindakan undang-undang yang diambil oleh Tang Hak Ju, laporan dan usaha pentadbiran sebelum ini untuk mengetatkan proses dan prosedur kelulusan tanah, dan lain-lain.

"Turut mengecewakan ialah saya hanya dibolehkan melihat minit-minit (mesyuarat) exco pada petang Isnin (18 Ogos) - dua hari sebelum tarikh debat itu diadakan (20 Ogos), walaupun saya telah meminta supaya saya dibenarkan melihat dokumen itu hari ini (15 Ogos)," katanya.

Dr Koh juga berkata, beliau tidak mahu mengapa mereka mengambil masa yang begitu lama hanya untuk memberi minit-minit (mesyuarat) exco tersebut.Kedudukan 'lemah'"Di bawah pentadbiran saya, semua minit (mesyuarat) exco bagi tempoh lebih 10 tahun lalu, telah dimasukkan ke dalam komputer dan telah dikategorikan. Mereka boleh mendapatkannya dan mencetaknya dari komputer dalam masa yang singkat," tambahnya.

Dr Koh berkata, dengan menafikannya daripada mendapatkanlim guan eng maklumat penuh dari dokumen-dokumen yang relevan, maka Lim (foto) telah meletakkannya dalam kedudukan yang "lemah" untuk menghadapi debat tersebut.

"Tambahan pula, Lim hanya membenarkan saya seorang sahaja untuk menyemak fail-fail di bilik yang ditetapkan walaupun saya telah memohon supaya beberapa bekas rakan exco saya dibenar membantu saya."Sebaliknya, Lim boleh meminta rakan-rakan exconya, penasihatnya serta pegawa atau setiausahanya untuk membantunya membuat persediaan (untuk debat tersebut)," tambahnya.

Dr Koh berkata, ekoran sekatan-sekatan yang dikenakan terhadapnya itu, maka debat tersebut bukan lagi merupakan satu 'padang yang sama rata'."Walaupun wujud keadaan yang tidak adil seumpama itu, saya tetap bersedia menyambut cabaran untuk berdepan dengan Lim, yang akan disiarkan secara langsung Rabu depan," katanya.

13.8.08

Guan Eng dedah satu lagi 'penyelewengan' tanah=MALAYSIAKINI

BUKIT MERTAJAM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini membuat pendedahan terbaru mengenai satu lagi masalah berkaitan tanah yang dianggapnya sebagai 'salah pengurusan' oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Sambil menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku, beliau mahu kes kesilapan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) membayar wang hampir RM500,000 berhubung pembelian sebidang tanah oleh sebuah syarikat dikaji semula untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan bilik operasi pilihan raya kecil Permatang Pauh di Taman Arowana, di sini, Lim berkata beliau sudah mengarahkan jawatankuasa siasatan dalaman untuk menyiasat semula kes berkenaan yang berlaku kira-kira 10 tahun laluBeliau mendakwa tanah itu dijual oleh PDC kepada syarikat milik seorang “orang kuat” Barisan Nasional (BN) dan deposit sebanyak 20 peratus melalui pinjaman bank telah dibayar kepada perbadanan itu sebagai pendahuluan.

Bagaimanapun, katanya kerana kegagalan syarikat itu melunaskan keseluruhan harga tanah berkenaan, deposit itu dirampas tetapi atas dasar bermurah hati, kerajaan negeri yang lalu memulangkan semula 10 peratus daripada jumlah wang pendahuluan itu kepada syarikat berkenaan. Lim berkata, kerajaan negeri ketika itu mahu mengambil semula tanah industri di Bayan Lepas itu tetapi tidak boleh dilakukan kerana pihak bank tidak mahu melepaskan tanah berkenaan.

“Bagi membolehkan tanah itu dikembalikan, kerajaan negeri terpaksa membayar 10 peratus yang dianggap sebagai keuntungan daripada wang pendahuluan yang dirampas, kepada institusi kewangan itu. “Apabila kerajaan negeri hendak menuntut semula wang yang tersalah bayar kepada syarikat berkenaan, syarikat itu sudah gulung tikar,” katanya.

Lim berkata, perkara begini memberi masalah kepada kerajaan negeri yang baru kerana setakat ini ia tidak mengetahui kedudukan sebenar kewangan Pulau Pinang. - Bernama /Berita harian

12.8.08

Koh, Lim Agree To Debate On Penang Land Issu

KUALA LUMPUR, Aug 12 (Bernama) -- Gerakan acting president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon and Penang Chief Minister Lim Guan Eng have agreed to hold an open debate on the land issue in Penang, expected to be telecast live on Aug 20, according to the organiser, AgendaDaily.com.

The electronic news portal's editor Hanafiah Man said the one-hour debate on the topic, "Kisah Benar: Kontroversi Tanah di Pulau Pinang" (True Story: The Land Controversy in Penang), would be held at the Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hall from 9pm on that day.

"This debate is expected to be carried live by one of the Media Prima television channels," he told Bernama here today.

Hanafiah said the debate was being organised to enable the public to obtain information directly from both sides so as to avoid confusion over the issue. The format to be used will be the same used by AgendaDaily for the debate on the oil price issue between Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek and Parti Keadilan Rakyat advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim on July 15.

"Both sides can appoint their own panels to ask questions, just like in the previous debate," Hanafiah said, adding that attendance at the debate would also be by invitation.

He said both sides could give 50 names to obtain invitations to the debate and others interested to attend could surf the website, www.agendadaily.com for information.

Chairman of the DBP Board of Governors, Datuk Johan Jaafar was again chosen as moderator for the upcoming debate, he added.

-- BERNAMA

Lim: Perbelanjaan BN lebih dua kali ganda-MALAYSIAKINI

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkan Umno membayar RM218 juta bagi bahan kempen pilihanraya umum 2004, menunjukkan ia melebihi dua kali ganda had perbelanjaan pilihanraya umum yang dibenarkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, had perbelanjaan yang dibenarkan ialah sebanyak RM94.3 juta, iaitu had maksimum RM200,000 bagi setiap kerusi parlimen dan RM100,000 setiap kerusi negeri.Menurutnya, mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, calon bagi setiap kerusi Parlimen dan kerusi negeri, masing-masing tidak boleh berbelanja melebihi had yang ditetapkan itu.

Lim menegaskan demikian sebagai mengulas laporan Malaysiakini mengenai penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang mengarahkan Umno membayar tuntutan lebih RM218 juta daripada Elegant Advisory Sdn Bhd berhubung penyediaan bahan kempen pilihanraya umum Mac 2004.Dalam pilihanraya itu, Umno menerima bahan kempen termasuk poster, lencana, kain rentang, air mineral, bendera dan topi tetapi ia menolak untuk membayarnya.

Keputusan penghakiman itu telah disampaikan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ahmad Faizadh Yahaya pada 17 Julai lalu.Umno, kata Lim, bagaimanapun mendakwa bahawa bahan-bahan pilihanraya itu adalah untuk Barisan Nasional (BN) dan tidak ada kena mengenai dengan parti itu.Dakwa SPR gagal bertindak

Menurutnya lagi, berdasarkan 219 kerusi parlimen dan 505 kerusi negeri yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum 2004, ia bermakna BN yang bertanding di semua kerusi, tidak boleh membelanjakan lebih daripada RM94.3 juta, atau jika tidak, kemenangan BN adalah tidak sah.
"Dengan RM218 juta dibelanjakan sama ada oleh BN atau Umno bagi bahan kempen sahaja, ianya merupakan lebih dua kali ganda daripada jumlah yang dibenarkan,"tegasLim.Menurutnya, berbelanja melebihi had yang ditetapkan oleh Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 adalah salah mengikut Seksyen 27 akta tersebut.

Lim berkata, mereka yang didapat bersalah, boleh dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, terbatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat dan kehilangan hak seorang pengundi.
Beliau berkata, ia kini mungkin merupakan satu persoalan akademik semata-mata kerana pilihanraya 2004 sudahpun berlalu dan pilihanraya umum 2008 telah diadakan.

Bagaimanapun, katanya, kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk bertindak dan mempersoalkan kesahihan kemenangan kerajaan BN bagi pilihanraya umum 2004, bukan sahaja mempersendakan undang-undang pilihanraya yang ada, tetapi juga semangat demokrasi di mana undi tidak boleh dibeli dan dijual.

11.8.08

Tindakan buat ahli Pakatan ganggu forum-MALAYSIAKINI

DAP menyokong tindakan disiplin yang dicadangkan terhadap ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terlibat mengganggu forum Majlis Peguam kelmarin bagi mengelak imej gabungan pembangkang itu "sama rendah dengan Umno".
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng juga mendakwa kenyataan timbalan perdana menteri berhubung tindakan penunjuk perasaan menentang forum Majlis Peguam kelmarin sebagai "menyokong keganasan" dan "cuba memulihkan nasib BN yang semakin merosot."

Beliau berkata, ugutan Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penganjur sebagai kenyataan tidak bertanggungjawab dan tindakan terdesak."Sekarang BN tidak lagi menjawab dakwaan-dakwaan melakukan rasuah, salah urus, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran, mereka kini bermain dengan api dengan menggunakan agama untuk menakutkan orang ramai," kata Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

10.8.08

Respon Dari Pejabat YAB Ketua Menteri Pulau Pinang-MALAYSIAKINI

" Petang tadi (10 Ogos), saya telah terima surat dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, mengenai surat yang telah dihantar oleh saya, bertajuk "Keluhan Masyarakat Islam Di Pulau Pinang".

Terima kasih atas respon yang diberikan. Satu petanda yang baik tiada birokrasi yang ditunjukkan oleh YAB.

Thanks.




Disini dipersalinkan semula surat yang dikirimkan olehnya :

6 Ogos 2008 Encik Saifudin bin Ibrahim Lot 250, Kampung Pintu Gang, Kota Bharu, 15100 KELANTAN. Tuan, PER: KELUHAN MASYARAKAT ISLAM DI PULAU PINANG
Dengan hormatnya, surat Tuan yang bertarikh 6 Ogos 2008 mengenai perkara tersebut adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa perkara tersebut telah termaklum kepada Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.


Yang ikhlas,



t.t
(NG WEE KOK)
Setiausaha Sulit Kanan kepada
Ketua Menteri Pulau Pinang

http://lot250.blogspot.com/-dari tko

7.8.08

Debat Dr Koh-Guan Eng 20 Ogos-MALAYSIAKINI

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan berdebat mngenai isu-isu semasa pada 20 Ogos ini.

Mereka pernah berdebat pada 10 tahun lalu ketika kedua-duanya merupakan pemimpin pemuda parti masing-masing.
Jurucakap parti Gerakan memberitahu Bernama, debat anjuran portal berita, Agenda Daily itu akan dipanaskan dengan isu-isu semasa, terutama di Pulau Pinang.

Katanya portal berita itu sedang menyediakan format, lokasi dan tema debat, yang telah diperkatakan sejak minggu lalu.
koh tsu koon 100907"Beliau (Koh) telah memutuskan sebentar tadi untuk mengadakan debat itu. Beliau sangat teruja untuk berhadapan dengan Lim, yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP," katanya.

Katanya tarikh itu telah disahkan, tetapi belum lagi diketahui sama ada ditetapkan sebatang syarat lain.
"Lim telah bercakap kepada media terlalu banyak dan telah mengelirukan rakyat. Sekarang, ini peluang Gerakan itu bertindakbalas terhadap propaganda DAP," katanya.

Dokumen kes
"Kami akan membiarkan orang ramai untuk memutuskan sama ada Lim hanyalah tin kosong yang sekadar membuat bunyi bising," katanya.
Baru-baru ini, Dr Koh, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, mencabar Lim untuk berdebat mengenai dakwaan isu penyelewengan tanah jika Lim membuat cabaran secara rasmi.

Pada masa yang sama, Dr Koh berkata beliau mahu debat itu diadakan secara adil dan diadakan selepas mahkamah selesai mendengar kes itu.
Koh juga meminta semua fail dan dokumen mengenai kes itu yang disimpan di pejabat Ketua Menteri dan jabatan kerajaan negeri diubah status dan diberikan kepadanya untuk beliau bersedia menghadapi debat itu.

Bagaimanapun, dengan perkembangan terkini hari ini, semua syarat seperti telah diketepikan untuk debat diadakan tidak lama lagi.
lim guan engSementara itu, Lim ketika dihubungi Bernama malam tadi, berharap Dr Koh tidak akan meletakkan sebarang syarat untuk debat pada 20 Ogos itu, dan berkata ia sepatutnya mengenai isu penyelewengan tanah di Pulau Pinang.

"Apa yang rakyat mahu tahu adalah berkenaan penyelewengan tanah. Jika anda mahu berdebat mengenai isu-isu lain, ia tidak mencapai matlamatnya," katanya.Sementara itu, editor Agenda Daily, Hanafiah Man memberitahu Bernama. debat tersebut akan berlangsung di Shah Alam, dan tempatnya akan diumumkan kemudian.

Katanya, debat tersebut juga akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen milik Kumpulan Media Prima.Hanafiah berkata, ia akan menyentuh pelbagai isu semasa dengan menumpukan kepada isu di Pulau Pinang, termasuk isu "kontroversi penipuan tanah" yang sedang dibicarakan di mahkamah."Kedua-dua pihak bersetuju dengan lokasi itu (Shah Alam). Mereka bersetuju yang debat itu diadakan dalam Bahasa Malaysia, berdasarkan format debat presiden AS dan Datuk Johan Jaafar sebagai perantaranya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, mereka masih belum mencapai kata sepakat mengenai tajuk debat itu walaupun mereka bersetuju yang topiknya ada mengenai isu semasa dan berkaitan Pulau Pinang, katanya.Sementara itu, seorang pembantu khas Dr Koh memberitahu Bernama bahawa bekas ketua menteri Pulau Pinang itu bersetuju dengan desakan Lim supaya "isu penipuan tanah" itu dimasukkan dalam debat itu.

"Ini bermakna mereka boleh bincangkan apa juga isu semasa termasuk isu tanah. Ini merupakan pendirian terkini Gerakan," kata pembantu khas itu.
Bulan lalu, Agenda Daily menganjurkan debat terbuka antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu minyak di Dewan Bahasa dan Pustaka.

5.8.08

Warkah Bisu Buat Lim Guan Eng

Saifudin bin Ibrahim
(No. KP : 760702-03-5999)
Lot 250 Kampung Pintu Gang,
15100 Kota Bharu,
Kelantan.

5 Syaaban 1429 / 6 Ogos 2008

Ke Majlis :
YAB Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang
Merangkap Setiausaha Agung DAP

YAB,

KELUHAN MASYARAKAT ISLAM DI PULAU PINANG

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan saya seperti nama di atas merupakan salah seorang penyokong kepada Pakatan Rakyat.

Diucapkan tahniah kepada YAB yang telah berjaya menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga kini hamper mencecah 5 bulan. Era peralihan kuasa daripada Tan Sri Koh Tsu Koon kepada YAB telah memberi harapan baru kepada masyarakat Islam dan melayu khususnya di Pulau Pinang, walaupun pada awalnya dimomokkan dengan pelbagai keburukan oleh media-media yang selamanya berniat jahat terhadap Pakatan Rakyat.

LAGI

3.8.08

Guan Eng open to land-scam debate with Koh

GEORGE TOWN: Penang Chief Minister Lim Guan Eng is open to the idea of publicly debating alleged land scams with his predecessor Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, but only as a last resort to get to the bottom of the matter.

Lim said he would agree to the debate “if it were the only way to get answers from the previous state administration.”

“I am not issuing a challenge to him but since he has refused to meet me for months now, despite me asking many times, writing to him, SMSing him and talking to his people, it may be the only way for us to know exactly what happened and the true nature of these two scandals,” Lim said after opening a Penang DAP Retreat on Sunday.

On Thursday, Lim said that the state had dug out “probably the biggest scandal in Penang” alluding to two land scams that involved RM124mil.

When asked whether the state was running out of options in probing into the details of the land deals, Lim said they were still investigating the matter.

By ANDREA FILMER
thestar online